tag:blogger.com,1999:blog-79653840880348756442023-11-16T02:49:55.795+08:00AppleBerryI Love you, Shahmi. :)http://www.blogger.com/profile/00974799801689023432noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-7965384088034875644.post-6505642741718302972013-12-30T18:37:00.000+08:002013-12-30T18:37:13.280+08:00Masih kah?Di saat sendirian

Duduk sendiri ku di tepi jendela

Bertemankan kepingan kepingan gambar

Gambar yang penuh dengan kenangan

Tak ku sangka tiba tiba berlinangan

bebola jernih di pipi

semakin lama smakin deras linangan air mata itu

Masih adakah sekelumit sayang di hatimu

Masih adakah sekelumit cinta di hatimu

Masihkah engkau ingat saat-saat indah kita dahulu

saat kita mula mengenali apa itu cinta

Masih adakah sekelumit rindu untukku

Wahai kekasih?

Masih adakah ruang di hatimu untukku?

Mengapa engkau berubah?

Apa salahku , apa dosaku
yang merubah pendirianmu itu

Di mana janji mu dahulu

Di mana hilangnyaa dirimu yang dulu

Sedangkan aku masih setia seperti dahulu

Masih menyayangimu tanpa hilang sedikitpun di hatiku

Maha pencipta,

Lembutkanlah hatinya untuk menyayangiku

Tetapkan lah dia untukku

Sesungguhnya aku amat menyayanginya

Bukalah hatinya untuk menerima ku apa adanya

Lembutkan lah hatinya untuk kembali padaku

Sesungguhnya aku amat menyayanginya .. :)http://www.blogger.com/profile/00974799801689023432noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7965384088034875644.post-19776367620188819772013-12-30T17:07:00.003+08:002013-12-30T17:11:54.110+08:00CINTA TERAKHIR : EPISOD 1 .Bermula hidup sebagai seorang pelajar tingkatan 6 pada tahun 2012. Bersama rakan rakan semasa sekolah menengah aku menyusuri bukit sekolah, Bertemu semula dengan mereka yang tersayang walaupun bukan semuanya.Ada yang memilih untuk ke universiti dan ada juga yang mengmbil jalan masuk ke politeknik serta kolej kolej. Tak lupa jugak pada mereka yang sudah bekerjaya sekarang. Tahniah semunya.Ketika aku berumur 18 tahun lah, bermula lah kisah sebagai seorang pelajar sekolah semula. Di sini jugalah bermulanya kehidupan aku yang belum pernah aku rasai selama aku mencapai umur 19 tahun pada hari ini. Di mana aku mengenali seorang lelaki yang mengajar aku erti hidup dan mengajar aku erti ketenangan dan ujian dalam kehidupan. Namanyaa cukup terpahat dalam hati kerana dia adalah berbeza dengan semu lelaki yang aku kenali. Ceritanya bermula apabila aku masuk tingkatan 6, sewaktu orentasi. aku tak tahu macam mana aku boleh bertegur sapa dengan dia. Mungkin ini namanyaa pinjaman sementara Allah pada umatnya. Pada awalnya aku memang anti dia, aku tak sukaa dengan cara dia sampai satu hari kami bertukar number telefon hanya kerana laman sosial " facebook ". Kami sms seharian plus otp sampai berpuluh-puluh ringgit habes padahal kami hanya kawan pada waktu itu. Kami lepak bersama macam pasangan tapi in fact kami hanya kawan waktu itu. Semakin hari ada perasaan yang entah aku sendiri pun tak tahu apaa maknanya pada waktu itu. Aku hanya diamkan diri dan menganggapnya hanya sekadar mainan. Tapi semakin kuat aku rasakan apabila sekian hari berlalu. Aku bertanya kepada rakan-rakan apa yang berlaku sebenarnya, mereka cakap aku da mula sayang "dia". hemmm, aku tak tahu kenapa macam tu sedangkan kami kenal tak lama tapi sikap dia ,cara dia caring aku, buat aku rasa dihargai. Aku semakin bingung dengan diri aku sendiri. apa sebenarnyaaaa ..

bersambung..

:)http://www.blogger.com/profile/00974799801689023432noreply@blogger.com